Monday 12 November 2012

Tips Memenukan Cinta Sejati



1. Jangan mencarinya.
Cinta tidak datang pada seseorang yang mencarinya. Jika memang anda baru saja mengakhiri suatu hubungan, fokuslah pada diri dan kehidupan pribadi terlebih dahulu. Tidak perlu terburu-buru mencari cinta yang baru, dan nikmati kesendirian anda. kerana jika anda terburu buru mencari pengganti bekas kekasih anda, maka saya yakin anda akan mendapatkan orang yang salah dan tidak lebih baik dari bekas kekasih anda. 

2. Beri waktu untuk diri sendiri.
Temukan aura positif Anda. Jika perasaan puas terhadap diri muncul, maka secara automatik aura positif itu akan terpancar. Dan orang di sekitar pun akan melihatnya. Itulah daya tarik bagi diri anda. Jadi nikmati setiap masa dan saat anda dengan teman teman anda. Mungkin dengan menyendiri untuk beberapa saat akan membuat anda lebih tegar dan lebih hati hati dalam memilih pasangan.

3. Pilih kriteria piliahn anda.
Jika sudah sedia untuk membuka lembaran baru bagi hubungan, maka mulailah memilih karakter pasangan seperti apa yang diidamkan. Tak hanya dari segi fizikal namun juga mental dan keperibadian. Pilihlah yang sesuai dengan selera hati. Seperti diatas, jangan terburu buru mencari pengganti. Pilihlah orang-orang yang menurut anda baik dan anda akan mendapatkan yang terbaik.

4. Bergaul dan hang out. 
Hal itu akan membuka kesempatan bagi anda untuk bertemu orang baru. Siapa tahu salah satu di antara mereka adalah cinta sejati anda. Jika anda dirumah terus tidak pernah bergaul, bagaimana anda boleh mendapatkan cinta sejati.

5. Berani ambil risiko.
Jika suatu hari anda bertemu dengan seseorang yang sesuai dengan kriteria cinta sejati, jangan ragu untuk mengambil langkah. Mulailah perkenalan dan menjalin hubungan. Kerana kesempatan tak datang dua kali. Kejar saja cinta sejatimu itu..!!

6. Yang paling penting, cintai diri anda terlebih dahulu. 
Hiduplah dengan bahagia dan jangan pernah melepaskan harapan. Yakinlah, setiap orang diciptakan berpasangan. Masalahnya hanyalah mendapatkan orang yang tepat, di waktu yang tepat.. ok..!!!


Friday 5 August 2011

Bukti Cinta Sejati Wanita


Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan cintanya terhadap pasangan sungguh mendalam:
  • Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian antara satu sama lain. Selalu berbincang, berjenaka dan selalu bersikap lucu adalah satu komunikasi atau cara berkesan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
  • Suami isteri yang saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Ia boleh ditunjukkan dengan membantu menyiapkan kerja peribadi dan rumah tangga secara bersama.
  • Pasangan suami isteri yang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta seperti sayang atau ‘I love you’ ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan seperti sayang atau darling.
  • Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, dia tidak akan melukai atau menyakiti pasangannya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti: “Kamu tidak pandai mengurus badan” atau “Kamu terlalu gemuk atau kurus.”
  • Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.
  • Isteri atau suami mencintai pasangannya sesungguh hati yang biasanya perasaan itu kekal dan stabil.
  • Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara atau memotong sebelum pasangannya habis berbicara. Dia akan berbicara apabila diminta untuk memberi cadangan.
  • Suami isteri sanggup menerima kekurangan pasangan. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya kerana harta dan wang.
  • Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara satu sama lain tetapi selalu berkongsi suka dan duka untuk menyelesaikan masalah bersama.
  • Pasangan yang bercinta sedar perkara yang merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumah tangga ketika suami letih akan menimbulkan kemarahan pasangannya.












Ciri-ciri lelaki pilihan:
  • Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
  • Mempunyai ilmu pengetahuan agama.
  • Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  • Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
  • Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran.
  • Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan sunat.
  • Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.
  • Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik.
  • Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf.
  • Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.

Thursday 4 August 2011

Untuk bakal teman hidupku


Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.


Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...Aku juga manusia biasa seperti kamu.


Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.


Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.




Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku...